Be Peace Upon You...
Talking to self,
"what to do? I've already set my mind. But, I still can't do it. I lost to my nafs."
"I don't want to sleep after Subh but I'm so sleepy""I want to study but this movie is so exciting, haa... watch it first then tomorrow i'll study."
Kenapa semuanya tak menjadi?
Kerana NAFSU
Seorang ustazah bertanyakan kepada saya dan kawan2. "what are the components of man?"
Tanpa mengambil masa yang lama saya menjawab, "Roh." Dan lalu salah seorang kawan saya menyambung, "Akal.". Saya pun terfikir, kalau ada akal maka adalah musuhnya dan lantas saya menambah, "Nafsu." Kesemua kami diam dan fikir komponennya sudah cukup lalu ustazah bertanyakan lagi, "Semua ini nak letak kt mana kalau tak ada 1 lagi komponen?"
Yeah... cepat2 kami jawab "Jasad". Ya, sudah cukup kesemua komponen.
Beliau melukis sebuah kereta di mana ada seorang pemandu dan seorang penumpang di dalam kereta. Belliau menyambung nasihatnya, "Kereta ini ibarat jasad, pemandu kereta adalah akal dan penumpang adalah Roh.
Sambungnya lagi, "Pemandu ingin ke lapangan terbang. Dia memandu keretanya dan membawa seorang penumpang, matlamatnya adalah dia ingin ke lapangan terbang untuk urusan kerja di luar negeri."
Dalam perjalanan, tiba2 pemandu ternampak ada jualan murah berlangsung di sebuah pasar raya. Jualan murah dan Pasar raya itu diibaratkan sebagai "Nafsu". Nafsu ini adalah halangan dan sifatnya agresif.
Adakah pemandu ini akan meneruskan perjalannya ke lapangan terbang atau berhenti untuk membeli belah dan akan ketinggalan kapal terbang? Akal yang menentukannya, pemandu itu sendiri. Pemandu/Akal yang menentukan semua hala. Dia yang bertanggungjawab ke atas Jasad dan Roh. Kalau dia berhenti di pasar raya itu bererti dia kalah terhadap Nafsu tetapi jika dia meneruskan perjalanan dia akan berjaya mencapai matlamatnya.
Jika kita jadikan Akal sebagai penunjuk. Maka kita tidak akan tewas dengan Nafsu di mana Jasad dan Roh turut menjadi mangsanya. Oleh itu, jadikan diri kita sebagai kereta itu dan biarkan Akal memandunya.
So, tidak mustahil bukan untuk kita capai matlamat kita jika kita jadikan Akal sebagai pemandu arah tuju kita.
Selamat Beramal Soleh :)
No comments:
Post a Comment