Pages

Tuesday 20 December 2011

Apakah kamu mendoakannya?

"SAYA SUDAH AJAK elok-elok, sudah guna pelbagai cara, tetapi dia masih buat tidak tahu sahaja."

"Itulah dia, hatinya Allah tutup. Sejuta kali saya tegur, buat bodoh sahaja."

"Kita sudah usaha dah menegurnya. Berbuih mulut. Berkali-kali tegur. Tetapi, tidak sedar-sedar juga."


     Begitulah ayat-ayat yang sering keluar dari mulut kita, apabila kita berusaha mengajak seseorang kepada kebaikan, atau menegur kesalahannya, kemudian dia buat tak endah, atau menghina kita semula, mempermainkan kita sebaliknya.
     Kita rasa kecewa, lantas menyalahkan sikapnya yang buruk, yang degil untuk menerima kebenaran. Mungkin kekecewaan kita itu keluar, selepas berkali-kali berdakwah, menegur, berusaha dan dia tetap tidak berubah gaya. maka kita menyangka dia sudah tiada harapan.


Tetapi apakah kita mendoakannya kebaikan?
Apakah kita mendoakannya, agar hatinya menerima ajakan kita?


Kita sangka sudah habis usaha.
     Benarkah usaha itu terhad pada tindakan fizikal? Benarkah peluang untuk berusaha itu telah tertutup hanya dengan penolakan selepas melakukan usaha yang banyak?

     Kita mungkin lupa untuk berdoa agar Allah membuka hatinya. Kita terlupa untuk solat sunat, bermunajat agar Allah membuka jiwanya menerima ajakan kita. Kita mungkin lupa.
     Sebab itu, hatinya tidak pernah terbuka.

Yang Memberi Hidayah
Allah berfirman:
Sesungguhnya kamu tidak memberikan hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai, tetapi Allahlah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia sukai. (Al-Qasas, 28;56)

     Apakah kita pernah meminta kepada Tuan Kepada Hidayah? Pernahkah kita sujud dan meminta kepada-Nya untuk melapangkan jiwa orang yang kita seru?
     Sesungguhnya, kita ini hanya  ditugaskan untuk berusaha. Hidayah tetap di tangan Allah. Maka, apakah kita telah berusaha sepenuhnya?

"Doa itu sendiri merupakan salah satu usaha kita untuk menyeru manusia kepada kebaikan"


Sumber: Batu-bata kehidupan, Hilal.

Friday 16 December 2011

Jambatan Hati

Ramai yang menghadapi masalah nak menegur kawan-kawan bukan?
Kalau kita tegur, tak terasa ke 'si fulan' tu?

Di sini satu kekurangan dalam perhubungan kita dengan sahabat2 kita. Sehingga kita takut dia akan terasa dengan teguran kita itu. Sehinggakan kita risau akan penerimaannya terhadap kita.

Tahu tak kita kurang apa?
Bak kata Hilal, kita kurang 'Jambatan Hati'.

Apakah Jambatan Hati?
Jambatan hati adalah hubungan antara hati. Biasanya digunakan terma jambatan kerana fungsi jambatan adalah untuk menghubungkan dua tanah yang terpisah.

Apakah yang mampu menjadi 'jambatan' antara hati-hati kita?
Bahan asas yang utama dalam nak membina 'jambatan' antara hati-hati kita itu adalah keimanan kita kepada Allah. Dan 'jambatan'nya adalah akhlak dan kebaikan yang kita semaikan kepada mereka.
Pokoknya, kita membina hubungan kita dengan mereka, untuk mengejar keredhaan Allah S.W.T.
=)

Binalah persahabatan kita berpaksikan keimanan, nescaya syurga menanti.

Kalau saya dapat masuk syurga, saya tak nak masuk sorang2. Saya nak awak ada bersama-sama saya. Saya nak bersahabat dengan awak sampai ke syurga. :)

Hilangkan kebencian di dalam hati. Tanamkan kasih.

Sunday 11 December 2011

i'm perfect @ i'm not perfect

"I'm not perfect"
"yea... nobody's perfect"

"xder orang sempurna dalam dunia ni..."
Adakah kita menggunakan dialog di atas untuk mempertahankan diri apabila kita membuat kesilapan?
Kita sering menggunakan kata-kata di atas bukan?
Mungkin juga suatu ungkapan tanda merendahkan diri. :) tak mengapa.

Kita sering mengatakan bahawa kita tak sempurna... dan kita menjadikan alasan x sempurna ni utk menutupi kesalahan atau kecacatan diri. Kita menjadikan hal ini sebagai alasan bila sesuatu itu tidak disenangi...

Bak kata seorang kaunselor, "kita perfect, tapi kita yang tak memperfectkan diri kita."
Kita dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini dengan sebaik-baik kejadian bukan???



Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:
“Verily, We created man of the best stature(mould)”
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

... Tidak dinafikan memang insan selalu melakukan kesalahan, tidak boleh lari dari itu.
Tetapi mengapa dikurniakan akal jika tidak untuk digunakan untuk membina diri? Allah menjadikan kita manusia berbeza daripada makhluk2 lain. Dan Allah melantik manusia sebagai khalifah di atas bumi ini.
Sepanjang hidup kita, kita tidak lari dari pembelajaran...dan pengajaran...
Kita mengalami proses pembelajaran sepanjang hayat.

Jadi, kita seharuslah selalu membina diri untuk menjadi yang terbaik. Sikap-sikap kita yang kurang disenangi orang mestilah diubah. Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi kita boleh mengurangkan sedikit demi sedikit. Itu adalah satu proses memperfectkan diri kita. Jadi kita berpeluang untuk jadi semakin perfect, mungkin iman kita selalu naik-turun, yang menyebabkan kita tersilap langkah dan melakukan kesalahan. Sebab itulah kita kena selalu melakukan ibadah2 sunat untuk memandu & menguatkan iman kita. Jadi, apa tindakan kita selepas ini untuk menuju ke arah kesempurnaan? tepuk dada tanya iman.
Apa-apa pun Allah mengetahui yang terbaik, kita sekadar berusaha... :)

Jadi, ubah mindset ANDA...

I'M NOT PERFECT. BUT, I AM A PERFECTIONIST


Satu lagi situasi yang ingin saya kongsikan.

"Kenapa awak taknak pakai tudung?"
"Buat apa saya pakai tudung kalau tak ikhlas? Saya xnak hipokrit, saya nak jadi diri saya. Saya macam ni la... saya selesa dengan hidup saya."

HIPOKRIT

bagi saya... sesuatu yang dikatakan hipokrit itu adalah satu usaha untuk berubah ke arah kebaikan.
Cuba bayangkan, sewaktu kita kecil... kita telah diajar oleh ibu bapa kita untuk solat. Adakah sewaktu itu kita mengerti apa itu ikhlas? Mungkin kita menunaikan solat untuk mengelakkan daripada dirotan ayah.
Tapi, bila dah lama-lama kita dah terbiasa kan??? Sekarang bagaimana? Itu adalah satu usaha biarpun pada mula-mula kita tidak suka apa yang kita lakukan itu...

Kesimpulannya, semuanya mudah kalau kita bukan seseorang yang suka memberi alasan.


Segala kesimpulan di atas adalah hasil pendapat saya sendiri. Mungkin bercanggah bagi mana-mana pihak. Saya sekadar menyuarakan pendapat. :)


Monday 5 December 2011

Khas buat mu, kawan...

Kawan,
pertama kali ku mengenalimu,
aku sudah tertarik dengan budi pekertimu,
kau seorang yang lembut bicara,
pandai bermadah kata.

Semenjak perkenalan kita,
perhubungan kita semakin erat,
seperti isi dan kuku,
segala suka dan duka dikongsi bersama.

Sedang kita membina persahabatan ini,
takdir telah menentukan kita,
membawa haluan masing-masing,
sukar untuk menghalang perpisahan ini,
kerana aku hanya insan biasa,
aku hanya mampu menyimpan memori dan kenangan,
dan akan ku jadikan ia sebuah kenangan yang terindah...

Walaupun kita jarang bersua,
tapi kutahu kau bahagia dengan teman-temanmu,
teruskanlah perjuanganmu,
janganlah kau cepat berputus asa,
perjuangan kita terlalu berat untuk dipikul.
Dan...
aku hanya mampu berdoa
agar hidupmu diberkati dan dirahmati Tuhan yang Maha Esa.
Semoga kau berjaya di luar sana. =)