Pages

Friday 26 July 2013

You CHOOSE

Apakah peluang yang sama yang ada pada semua orang (bercakap dalam context negara Malaysia) tetapi hasil yang didapati daripada peluang yang sama itu berlainan?

Peluang itu adalah SEKOLAH. Tidak kira sama ada individu itu dari keluarga yang susah mahupun berada. Semua rakyat Malaysia dari umur 7-17 tahun berpeluang untuk ke sekolah.

Tetapi berapa ramai yang dapat menghasilkan keputusan yang baik hasil daripada peluang itu?

Bayangkan...
Semua orang ke sekolah. Semua orang mendapat peluang yang sama. Tetapi mengapa hasil itu berlainan setiap individu?

Ada yang 'make it'. Ada yang kecundang.

Pernah saya berkata kepada ibu saya, "Umi, buat apa pergi sekolah tapi tak lulus2, habis sekolah pun bukannya buat apa2 pun. membazir duit mak ayah je."
Ibu saya terus menjawab, "kena pergi sekolah... supaya celik huruf. cemerlang atau tidak lain kira."
Saya terdiam, hati berbisik ada betulnya juga.

...
Peluang sudah ada. Berjaya atau tidak? Bergantung pada bagaimana kita menghadapi cabaran-cabaran yang datang.

Peluang yang ada diselitkan dengan challenges (cabaran) yang berbeza setiap individu.

Opportunity + Challenges = ? ( positive atau negative ) 

Apabila saya melalui sesebuah sekolah. Bermacam-macam ragam manusia dapat saya lihat. Ada yang dihantar dengan kereta mewah, ada yang menaiki van sekolah, ada yang dihantar dengan motosikal buruk, ada yang berbasikal, ada yang berjalan kaki.

Saat tangan ibu bapa dicium, terdapat HARAPAN dan senyuman di wajah mereka. Senyuman itu bukan sekadar senyuman kerana kita hari ini ke sekolah tetapi senyuman mereka untuk masa hadapan (Senyuman deposit). Senyuman saat mereka melihat kita berjalan dengan bangganya ke atas 'stage' menerima segulung ijazah. Senyum kepada masa depan kita yang belum pasti. Itu lah HARAPAN. Mereka senyum kerana HARAPAN.

PERNAHKAH KITA SEBAGAI ANAK TERFIKIR AKAN HAL INI???

Tetapi apakah tindakan kita terhadap mereka? Apakah yang kita jadikan sebagai bayaran balik terhadap mereka? Pernahkah kita terfikir untuk membalas jasa mereka?

Untuk berjaya tidak semestinya pergi ke universiti mendapat ijazah. Makna KEJAYAAN itu sendiri adalah subjektif. Mungkin anda tidak mahir dalam ilmu matematik dan sains tetapi anda mahir dalam teknik. Jangan kita sempitkan context kejayaan itu dengan mempercayai seseorang itu sudah berjaya apabila sudah bergelar seorang doktor. Jangan kita melihat hebatnya seseorang itu pada pekerjaannya tetapi lihatlah kehebatan seseorang itu dalam bidangnya tersendiri. Mungkin anda melihat pekerjaan sebagai seorang petani adalah kolot, tetapi bidang pertanian itu sendiri ada hebatnya. Menjadi seorang petani yang bukan sahaja berjaya tetapi hebat dengan menghasilkan beras-beras yang berkualiti, organik dan mungkin juga dapat menghasilkan tagline, "Makan sedikit, tetapi kenyang". Kehebatan seperti ini yang kita inginkan. Hebat dalam bidang sendiri. Berbakti kepada orang ramai.

...

Peluang itu Allah dah bagi. Tinggal pilihan kita sahaja samada 'make it' atau kecundang. Cabaran dan ujian yang mendatang hanyalah sekadar selingan supaya hari-hari kita lebih unik dan menarik. Tanamkan keazaman yang tinggi untuk berjaya bukan sekadar di dunia tetapi juga di akhirat.
Bermula hari ini, positifkan minda KITA!