Salamullahialaikum,
Be peace upon you.
Allah. Ya, Allah bukan yang kedua. Siapa Allah untuk kamu letakkah pada tempat kedua dan ke bawah? Allah, kalau kita hidup dalam penuh kesedaran, kita tidak akan menjadikan Allah itu yang kedua. Biasanya kalau kita sedih... kita bercerita dengan kawan, dengan ibu bapa. Apabila kita gembira, kawanlah juga yang dicari. Eh, tidak salah! Sudah semestinya tiada salahnya. Tapi bukankah kita meletakkan Allah itu bukan pada tempat yang pertama.? Seharusnya, mendengar sahaja khabar baik, "Ya Allah...MaashaAllah, Alhamdulillah", zahirkan kesyukuran kita dengan sujud syukur. Mendengar sahaja khabar kurang baik, "Ya Allah...Astaghfirullah, Na'uzubillah..., minta dikuatkan iman.". Bukahkah itu menunjukkah kita meletakkah Allah pada tempat pertama?
Kalau kita sedih, cakap lah kat Allah... menangislah depan Allah... Kita mungkin terfikir, Allah tak jawab. Salah, Allah jawab persoalan kita... Allah jawab melalui intuition, instinct, iaitu gerak hati. Kalau kita tidak merasakan gerak hati itu, kita masih tidak dekat dengan Allah. Samalah juga seperti seorang ibu mempunyai gerak hati tentang apa yang anaknya hadapi, sebab seorang ibu sangat dekat dengan anaknya, kalau kita rindu akan kekasih kita, akan suami, kita juga mempunyai gerak hati yang sangat kuat terhadapnya. Kita merasakan adanya tali yang mengikat kita dengan mereka kerana kita dekat dan rapat dengan mereka. Begitu juga perasaannya bila kita rasa dekat dengan Allah. Bukankah konsepnya sama?
Kadang-kadang... ibu bapa atau kawan tidak dapat memenuhi apa yang kita mahukan. Ya, sebab mereka juga manusia seperti kita dan persamaan yang paling besar adalah kita, ibu bapa dan kawan adalah hamba dan makhluk Allah, di bawah naungan Allah. Perhaps, He is superior.
Kalau kita dinaikkan pangkat, ucaplah Alhamdulillah dan buatlah sujud syukur, selepas itu baru kita boleh untuk meraikan dengan keluar, buat jamuan makan2. Kalau kita sedih, berdoalah dan merintih pada Allah, kerana disebalik ujian yang Allah berikan, terkandung nikmat yang besar. Selepas itu, barulah jumpa keluarga dan kawan2 untuk berkongsi cerita. Sudah semestinya mereka membantu untuk menenangkan kita.
Ujian, yang tersuratnya kita nampak ujian itu adalah negatif, tetapi kita lupa yang tersiratnya adalah positif. Apa yang positifnya? Hikmah disebalik semua ujian itu. Sesungguhnya, Allah itu melakukan sesuatu dengan kebijaksaan-Nya, with His Wisdom. Kenapa ragu-ragu dengan perancangan-Nya yang sudah semestinya sempurna? Yakin lah dengan Allah, bacalah buku-Nya, fahami makna ayat-ayatNya. Indeed, Quran is His Words and His promises doubtless.
Positifkan minda kita. What you think, you become.
Jangan lupa, kita ada Allah.
This is the meeting of Minds blog, Two-way of communication. any critics and opinions, please comments.