Pages

Monday, 26 March 2012

Stop hoping, but try to solve

Apa nak buat dengan masalah yang tak selesai2?

Mintalah petunjuk daripada Allah... Ask for His Guidance, ask truly from the bottom of your heart.

Bagaimana kalau dah doa kt Allah tp xselesai2 pun?

MINTAK LAH LAGI!!!

Kalau xde perubahan lagi?

MINTAK je LAGI. Allah tak kedekut.

Kalau still tak selesai?

rasa-rasanya...

TU MASALAH DENGAN DIRI ANDA SENDIRI

Mustahil Allah tidak perkenankan doa kita bukan? Kalau sudah byk kali mintak, tapi masih tak ada apa2 perubahan, tu masalah dengan diri anda sendiri.
Tak kan la Allah nk biarkan kita dlm kebuntuan... Allah kn syg kat kita.
Pertolongan Allah samada cepat atau lambat je...
Kenapa ada yg cepat dan kenapa pula ada yang lambat?
Kerana, Allah tu tahu kemampuan kita.
Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dengan kemampuan hambaNya itu sendiri.


Tapi bagaimana pula dengan masalah diri kita sendiri ni? *ni yg saya ingin fokuskn*
Masalahnya sekarang kamu itu fikir yang Allah tak makbul pun doa kamu, tapi hakikatnya Allah dah bagi ilham, tapi kamu sendiri yang tak cuba untuk menyelesaikannya. So, tu adalah masalah kamu!
*the problem that i want to talk about is actually express on feeling/ heart/ relationship*
Kamu itu sibuk memikirkan tentang kesedihan yang kamu hadapi, sibuk dengan hati kamu yang berkecai dan bertaburan di dasar hati. Kamu sibuk dengan diri kamu yang kamu fikir seolah-olah tiada lagi sinar yang kamu lihat. Kamu sibuk dengan semua KEPEDIHAN itu. Tapi tahukah kamu??? Terlalu banyak lagi di luar sana yang perlu kamu fikirkan dan ambil peduli. Adakah dengan 1 kepahitan, kamu akan menutup mata kamu terhadap kebahagiaan yang lain? Kamu resah dengan 1 kepahitan itu sehinggakan kamu 'memahitkan' semua yang lain. kejamkan kamu? Ada banyak lg yang perlu kamu gembirakan... Jangan hanya memandang kepada yg lepas... Jika hal itu sudah kamu tangisi dengan air mata darah, bagaimana pula untuk kamu menghapi ujian2 mendatang? kalau semacam itulah kamu, kamu tidak kuat. Kerana 1 hal itu sudah kamu memandang berat sehingga luluh hati, bagaimana untuk kamu hadapi hal lain yg lebih berat daripada itu? Kamu tahu apa yang saya nak cakap? Kamu terlalu sibuk dengan masalah itu sehinggakan kamu lupa yang kamu perlu hadapi untuk menyelesaikannya. Ia seolah-olah kamu membiarkan kesedihan itu terikat mati di tengkuk kamu, dan kamu tidak ingin melepaskannya.
Dan satu lagi, kamu tahu tak kenapa masalah kamu BERTIMBUN-TIMBUN?
"aahhh.... masalah tak selesai2, makin banyak ada la..."
Sebab kamu tak cuba untuk menyelesaikan masalah itu satu-persatu. Bagaimana nak berkurang masalah kalau macam itu lah kamu. Sekarang kamu berfikir bukan apa masalah kamu sekarang? Masalah kamu adalah kamu tidak cuba untuk menyelesaikan masalah kamu itu.

Kawan, terlalu banyak pelangi yang mahu membentuk di hati kamu, tetapi mengapa kamu membiarkan hujan petir menyekat kehadiran matahari di hati kamu sehingga menghalang pembentukan pelangi?

So, stop thinking about your problem, but try to solve IT!
Menyelesaikan masalah tidak semestinya berakhir dengan 'good ending' tetapi mungkin juga dengan 'sad ending'. Tapi ia mungkin yang terbaik untuk anda. Allah knows the best for you :)
Stop thinking about the past, because the future is yours also.



PROBLEM
|
|
V
THINK
|
|
V
SOLVE
|
|
V
REINFORCEMENT
<3


Saturday, 24 March 2012

Jari-jemarimu

JARI-JEMARIMU menyentuh lebih lembut tetapi tegas...
Sebab itu kita boleh mengenal seseorang daripada kehalusan ira jarinya.


Bukankah ira jari semua manusia di atas muka bumi ini tidak sama?

Ira jari Saidina Umar yang begitu keras menggenggam pedang pada siang hari menjadi begitu lembut untuk mengesat air mata keinsafan pada malam hari.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Agama itu teguh, oleh itu berurusanlah dengan lemah lembut dan baik." (Riwayat Ahmad bin Hanbal)


Muhammad, Z. (2009). Keluarkan Singa daripada Diri Anda. Kuala Lumpur, Malaysia: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Thursday, 22 March 2012

Do You Think That You Are Intelligent?

Be Peace Upon You...

Jangan pernah menganggap orang yang cemerlang dalam peperiksaan adalah orang yang bijak dan orang yang tidak cemerlang dalam peperiksaan adalah orang yg tidak bijak.
WHY?
Because intelligence means the ability to learn from one's experience and use resources effectively in adapting to new situations or solving problems.(Sternberg & Kaufman, 1998; Wechsler, 1975)
In other words, when you were experienced something, you learned and acknowledged it and at the other time you can adapt and apply it. So, thats mean you are intelligent.
Contohnya.... sejak sekolah rendah lagi anda telah diajar untuk BULAT jawapan yang betul, tetapi setelah anda masuk ke sekolah menengah, anda hanya tick( / ) pd jawapan yang betul. Definitely, you are not intelligent. haha...



There are 2 Theory Of Intelligence.

1. Spearman's Theory
    ~ g factor/General Intelligence
    ~ s factor/Specific Intelligence

apa itu g factor?
-the ability to reason and solve problems
-general intelligence

maksudnya... pengetahuan am yg anda tahu ttg sesuatu perkara, spt music, business or arts.

dan apa s factor pula?
-the ability to excel in certain area
-specific intelligence

s factor ni, pengetahuan kita yg mndalam di dalam sesuatu bidang.
cthnya.,, seorang doktor sgt bijak dalam professionnya, perubatan contohnya ttp tidak bijak dalam bidang yg lain cthnya sastera.


2. Multiple Intelligence (Gardner's Theory)

According to Gardner, there are 9 Type Of Intelligence

1) Verbal- means you are intelligent in linguistic and language.

2) Musical- ability to perform music or know how to play music instrument
                   * if you just a bathroom singer, you not intelligent in musical. haha...

3) Logical/Mathematical- It's a IQ intelligence, you can think logically and solve mathematical problems. Ramai yang mengejar2 untuk bijak dalam area IQ ni, tp tidak cuba untuk bijak dalam bidang lain juga spt social, movement atau verbal contohnya... Jika anda hanya bijak dalam IQ ttp tidak dalam social, bagaimana anda dpt bekerja dengan baik suatu hr nanti?

4) Visual/Spatial- ability to understand how objects are oriented in space, ni lbeh kurang astronomi la... if you think you are intelligent in this area, you suppose to be a astronaut or pilot. :)

5) Movement- if you good in gymnastic or dancing or martial arts, you are intelligent in movement.

6) Interpersonal- sensitivity to others and understanding motivation of others. It's like a social skill. You can understand people. If you good in this, luckily, you can be a psychologist.

7) Intrapersonal- knowing and understand own strength and weakness. It's like you can communicate with yourself.

8) Naturalist- ability to recognize the patterns found in nature, you can be a botanist, farmer, biologist.

9) Existence- ability to see the 'big picture' of the human world by asking questions about life, death, and the ultimate reality of human existence. Sample occupation, philosophical thinker. sounds great rite?


So, whats kind of intelligence you are?
Let's take a simple test.
but, it's not the real test from Gardner, I just found this test from other web. Don't believe 100% in it, but it just a guideline for you...

Click for TEST

Jadi... kita semua mesti menghormati dan menghargai antara satu sama lain kerana  masing-masing ada kelebihan dalam bidang2 tertentu. Itulah uniknya ciptaan Allah.





Tuesday, 20 December 2011

Apakah kamu mendoakannya?

"SAYA SUDAH AJAK elok-elok, sudah guna pelbagai cara, tetapi dia masih buat tidak tahu sahaja."

"Itulah dia, hatinya Allah tutup. Sejuta kali saya tegur, buat bodoh sahaja."

"Kita sudah usaha dah menegurnya. Berbuih mulut. Berkali-kali tegur. Tetapi, tidak sedar-sedar juga."


     Begitulah ayat-ayat yang sering keluar dari mulut kita, apabila kita berusaha mengajak seseorang kepada kebaikan, atau menegur kesalahannya, kemudian dia buat tak endah, atau menghina kita semula, mempermainkan kita sebaliknya.
     Kita rasa kecewa, lantas menyalahkan sikapnya yang buruk, yang degil untuk menerima kebenaran. Mungkin kekecewaan kita itu keluar, selepas berkali-kali berdakwah, menegur, berusaha dan dia tetap tidak berubah gaya. maka kita menyangka dia sudah tiada harapan.


Tetapi apakah kita mendoakannya kebaikan?
Apakah kita mendoakannya, agar hatinya menerima ajakan kita?


Kita sangka sudah habis usaha.
     Benarkah usaha itu terhad pada tindakan fizikal? Benarkah peluang untuk berusaha itu telah tertutup hanya dengan penolakan selepas melakukan usaha yang banyak?

     Kita mungkin lupa untuk berdoa agar Allah membuka hatinya. Kita terlupa untuk solat sunat, bermunajat agar Allah membuka jiwanya menerima ajakan kita. Kita mungkin lupa.
     Sebab itu, hatinya tidak pernah terbuka.

Yang Memberi Hidayah
Allah berfirman:
Sesungguhnya kamu tidak memberikan hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai, tetapi Allahlah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia sukai. (Al-Qasas, 28;56)

     Apakah kita pernah meminta kepada Tuan Kepada Hidayah? Pernahkah kita sujud dan meminta kepada-Nya untuk melapangkan jiwa orang yang kita seru?
     Sesungguhnya, kita ini hanya  ditugaskan untuk berusaha. Hidayah tetap di tangan Allah. Maka, apakah kita telah berusaha sepenuhnya?

"Doa itu sendiri merupakan salah satu usaha kita untuk menyeru manusia kepada kebaikan"


Sumber: Batu-bata kehidupan, Hilal.

Friday, 16 December 2011

Jambatan Hati

Ramai yang menghadapi masalah nak menegur kawan-kawan bukan?
Kalau kita tegur, tak terasa ke 'si fulan' tu?

Di sini satu kekurangan dalam perhubungan kita dengan sahabat2 kita. Sehingga kita takut dia akan terasa dengan teguran kita itu. Sehinggakan kita risau akan penerimaannya terhadap kita.

Tahu tak kita kurang apa?
Bak kata Hilal, kita kurang 'Jambatan Hati'.

Apakah Jambatan Hati?
Jambatan hati adalah hubungan antara hati. Biasanya digunakan terma jambatan kerana fungsi jambatan adalah untuk menghubungkan dua tanah yang terpisah.

Apakah yang mampu menjadi 'jambatan' antara hati-hati kita?
Bahan asas yang utama dalam nak membina 'jambatan' antara hati-hati kita itu adalah keimanan kita kepada Allah. Dan 'jambatan'nya adalah akhlak dan kebaikan yang kita semaikan kepada mereka.
Pokoknya, kita membina hubungan kita dengan mereka, untuk mengejar keredhaan Allah S.W.T.
=)

Binalah persahabatan kita berpaksikan keimanan, nescaya syurga menanti.

Kalau saya dapat masuk syurga, saya tak nak masuk sorang2. Saya nak awak ada bersama-sama saya. Saya nak bersahabat dengan awak sampai ke syurga. :)

Hilangkan kebencian di dalam hati. Tanamkan kasih.

Sunday, 11 December 2011

i'm perfect @ i'm not perfect

"I'm not perfect"
"yea... nobody's perfect"

"xder orang sempurna dalam dunia ni..."
Adakah kita menggunakan dialog di atas untuk mempertahankan diri apabila kita membuat kesilapan?
Kita sering menggunakan kata-kata di atas bukan?
Mungkin juga suatu ungkapan tanda merendahkan diri. :) tak mengapa.

Kita sering mengatakan bahawa kita tak sempurna... dan kita menjadikan alasan x sempurna ni utk menutupi kesalahan atau kecacatan diri. Kita menjadikan hal ini sebagai alasan bila sesuatu itu tidak disenangi...

Bak kata seorang kaunselor, "kita perfect, tapi kita yang tak memperfectkan diri kita."
Kita dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini dengan sebaik-baik kejadian bukan???



Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:
“Verily, We created man of the best stature(mould)”
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

... Tidak dinafikan memang insan selalu melakukan kesalahan, tidak boleh lari dari itu.
Tetapi mengapa dikurniakan akal jika tidak untuk digunakan untuk membina diri? Allah menjadikan kita manusia berbeza daripada makhluk2 lain. Dan Allah melantik manusia sebagai khalifah di atas bumi ini.
Sepanjang hidup kita, kita tidak lari dari pembelajaran...dan pengajaran...
Kita mengalami proses pembelajaran sepanjang hayat.

Jadi, kita seharuslah selalu membina diri untuk menjadi yang terbaik. Sikap-sikap kita yang kurang disenangi orang mestilah diubah. Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi kita boleh mengurangkan sedikit demi sedikit. Itu adalah satu proses memperfectkan diri kita. Jadi kita berpeluang untuk jadi semakin perfect, mungkin iman kita selalu naik-turun, yang menyebabkan kita tersilap langkah dan melakukan kesalahan. Sebab itulah kita kena selalu melakukan ibadah2 sunat untuk memandu & menguatkan iman kita. Jadi, apa tindakan kita selepas ini untuk menuju ke arah kesempurnaan? tepuk dada tanya iman.
Apa-apa pun Allah mengetahui yang terbaik, kita sekadar berusaha... :)

Jadi, ubah mindset ANDA...

I'M NOT PERFECT. BUT, I AM A PERFECTIONIST


Satu lagi situasi yang ingin saya kongsikan.

"Kenapa awak taknak pakai tudung?"
"Buat apa saya pakai tudung kalau tak ikhlas? Saya xnak hipokrit, saya nak jadi diri saya. Saya macam ni la... saya selesa dengan hidup saya."

HIPOKRIT

bagi saya... sesuatu yang dikatakan hipokrit itu adalah satu usaha untuk berubah ke arah kebaikan.
Cuba bayangkan, sewaktu kita kecil... kita telah diajar oleh ibu bapa kita untuk solat. Adakah sewaktu itu kita mengerti apa itu ikhlas? Mungkin kita menunaikan solat untuk mengelakkan daripada dirotan ayah.
Tapi, bila dah lama-lama kita dah terbiasa kan??? Sekarang bagaimana? Itu adalah satu usaha biarpun pada mula-mula kita tidak suka apa yang kita lakukan itu...

Kesimpulannya, semuanya mudah kalau kita bukan seseorang yang suka memberi alasan.


Segala kesimpulan di atas adalah hasil pendapat saya sendiri. Mungkin bercanggah bagi mana-mana pihak. Saya sekadar menyuarakan pendapat. :)


Monday, 5 December 2011

Khas buat mu, kawan...

Kawan,
pertama kali ku mengenalimu,
aku sudah tertarik dengan budi pekertimu,
kau seorang yang lembut bicara,
pandai bermadah kata.

Semenjak perkenalan kita,
perhubungan kita semakin erat,
seperti isi dan kuku,
segala suka dan duka dikongsi bersama.

Sedang kita membina persahabatan ini,
takdir telah menentukan kita,
membawa haluan masing-masing,
sukar untuk menghalang perpisahan ini,
kerana aku hanya insan biasa,
aku hanya mampu menyimpan memori dan kenangan,
dan akan ku jadikan ia sebuah kenangan yang terindah...

Walaupun kita jarang bersua,
tapi kutahu kau bahagia dengan teman-temanmu,
teruskanlah perjuanganmu,
janganlah kau cepat berputus asa,
perjuangan kita terlalu berat untuk dipikul.
Dan...
aku hanya mampu berdoa
agar hidupmu diberkati dan dirahmati Tuhan yang Maha Esa.
Semoga kau berjaya di luar sana. =)