Apa nak buat dengan masalah yang tak selesai2?
Mintalah petunjuk daripada Allah... Ask for His Guidance, ask truly from the bottom of your heart.
Bagaimana kalau dah doa kt Allah tp xselesai2 pun?
MINTAK LAH LAGI!!!
Kalau xde perubahan lagi?
MINTAK je LAGI. Allah tak kedekut.
Kalau still tak selesai?
rasa-rasanya...
TU MASALAH DENGAN DIRI ANDA SENDIRI
Mustahil Allah tidak perkenankan doa kita bukan? Kalau sudah byk kali mintak, tapi masih tak ada apa2 perubahan, tu masalah dengan diri anda sendiri.
Tak kan la Allah nk biarkan kita dlm kebuntuan... Allah kn syg kat kita.
Pertolongan Allah samada cepat atau lambat je...
Kenapa ada yg cepat dan kenapa pula ada yang lambat?
Kerana, Allah tu tahu kemampuan kita.
Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dengan kemampuan hambaNya itu sendiri.
Tapi bagaimana pula dengan masalah diri kita sendiri ni? *ni yg saya ingin fokuskn*
Masalahnya sekarang kamu itu fikir yang Allah tak makbul pun doa kamu, tapi hakikatnya Allah dah bagi ilham, tapi kamu sendiri yang tak cuba untuk menyelesaikannya. So, tu adalah masalah kamu!
*the problem that i want to talk about is actually express on feeling/ heart/ relationship*
Kamu itu sibuk memikirkan tentang kesedihan yang kamu hadapi, sibuk dengan hati kamu yang berkecai dan bertaburan di dasar hati. Kamu sibuk dengan diri kamu yang kamu fikir seolah-olah tiada lagi sinar yang kamu lihat. Kamu sibuk dengan semua KEPEDIHAN itu. Tapi tahukah kamu??? Terlalu banyak lagi di luar sana yang perlu kamu fikirkan dan ambil peduli. Adakah dengan 1 kepahitan, kamu akan menutup mata kamu terhadap kebahagiaan yang lain? Kamu resah dengan 1 kepahitan itu sehinggakan kamu 'memahitkan' semua yang lain. kejamkan kamu? Ada banyak lg yang perlu kamu gembirakan... Jangan hanya memandang kepada yg lepas... Jika hal itu sudah kamu tangisi dengan air mata darah, bagaimana pula untuk kamu menghapi ujian2 mendatang? kalau semacam itulah kamu, kamu tidak kuat. Kerana 1 hal itu sudah kamu memandang berat sehingga luluh hati, bagaimana untuk kamu hadapi hal lain yg lebih berat daripada itu? Kamu tahu apa yang saya nak cakap? Kamu terlalu sibuk dengan masalah itu sehinggakan kamu lupa yang kamu perlu hadapi untuk menyelesaikannya. Ia seolah-olah kamu membiarkan kesedihan itu terikat mati di tengkuk kamu, dan kamu tidak ingin melepaskannya.
Dan satu lagi, kamu tahu tak kenapa masalah kamu BERTIMBUN-TIMBUN?
"aahhh.... masalah tak selesai2, makin banyak ada la..."
Sebab kamu tak cuba untuk menyelesaikan masalah itu satu-persatu. Bagaimana nak berkurang masalah kalau macam itu lah kamu. Sekarang kamu berfikir bukan apa masalah kamu sekarang? Masalah kamu adalah kamu tidak cuba untuk menyelesaikan masalah kamu itu.
Kawan, terlalu banyak pelangi yang mahu membentuk di hati kamu, tetapi mengapa kamu membiarkan hujan petir menyekat kehadiran matahari di hati kamu sehingga menghalang pembentukan pelangi?
So, stop thinking about your problem, but try to solve IT!
Menyelesaikan masalah tidak semestinya berakhir dengan 'good ending' tetapi mungkin juga dengan 'sad ending'. Tapi ia mungkin yang terbaik untuk anda. Allah knows the best for you :)
Stop thinking about the past, because the future is yours also.
PROBLEM
|
|
V
THINK
|
|
V
SOLVE
|
|
V
REINFORCEMENT
<3
No comments:
Post a Comment