Pages

Tuesday 20 December 2011

Apakah kamu mendoakannya?

"SAYA SUDAH AJAK elok-elok, sudah guna pelbagai cara, tetapi dia masih buat tidak tahu sahaja."

"Itulah dia, hatinya Allah tutup. Sejuta kali saya tegur, buat bodoh sahaja."

"Kita sudah usaha dah menegurnya. Berbuih mulut. Berkali-kali tegur. Tetapi, tidak sedar-sedar juga."


     Begitulah ayat-ayat yang sering keluar dari mulut kita, apabila kita berusaha mengajak seseorang kepada kebaikan, atau menegur kesalahannya, kemudian dia buat tak endah, atau menghina kita semula, mempermainkan kita sebaliknya.
     Kita rasa kecewa, lantas menyalahkan sikapnya yang buruk, yang degil untuk menerima kebenaran. Mungkin kekecewaan kita itu keluar, selepas berkali-kali berdakwah, menegur, berusaha dan dia tetap tidak berubah gaya. maka kita menyangka dia sudah tiada harapan.


Tetapi apakah kita mendoakannya kebaikan?
Apakah kita mendoakannya, agar hatinya menerima ajakan kita?


Kita sangka sudah habis usaha.
     Benarkah usaha itu terhad pada tindakan fizikal? Benarkah peluang untuk berusaha itu telah tertutup hanya dengan penolakan selepas melakukan usaha yang banyak?

     Kita mungkin lupa untuk berdoa agar Allah membuka hatinya. Kita terlupa untuk solat sunat, bermunajat agar Allah membuka jiwanya menerima ajakan kita. Kita mungkin lupa.
     Sebab itu, hatinya tidak pernah terbuka.

Yang Memberi Hidayah
Allah berfirman:
Sesungguhnya kamu tidak memberikan hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai, tetapi Allahlah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang Dia sukai. (Al-Qasas, 28;56)

     Apakah kita pernah meminta kepada Tuan Kepada Hidayah? Pernahkah kita sujud dan meminta kepada-Nya untuk melapangkan jiwa orang yang kita seru?
     Sesungguhnya, kita ini hanya  ditugaskan untuk berusaha. Hidayah tetap di tangan Allah. Maka, apakah kita telah berusaha sepenuhnya?

"Doa itu sendiri merupakan salah satu usaha kita untuk menyeru manusia kepada kebaikan"


Sumber: Batu-bata kehidupan, Hilal.

Friday 16 December 2011

Jambatan Hati

Ramai yang menghadapi masalah nak menegur kawan-kawan bukan?
Kalau kita tegur, tak terasa ke 'si fulan' tu?

Di sini satu kekurangan dalam perhubungan kita dengan sahabat2 kita. Sehingga kita takut dia akan terasa dengan teguran kita itu. Sehinggakan kita risau akan penerimaannya terhadap kita.

Tahu tak kita kurang apa?
Bak kata Hilal, kita kurang 'Jambatan Hati'.

Apakah Jambatan Hati?
Jambatan hati adalah hubungan antara hati. Biasanya digunakan terma jambatan kerana fungsi jambatan adalah untuk menghubungkan dua tanah yang terpisah.

Apakah yang mampu menjadi 'jambatan' antara hati-hati kita?
Bahan asas yang utama dalam nak membina 'jambatan' antara hati-hati kita itu adalah keimanan kita kepada Allah. Dan 'jambatan'nya adalah akhlak dan kebaikan yang kita semaikan kepada mereka.
Pokoknya, kita membina hubungan kita dengan mereka, untuk mengejar keredhaan Allah S.W.T.
=)

Binalah persahabatan kita berpaksikan keimanan, nescaya syurga menanti.

Kalau saya dapat masuk syurga, saya tak nak masuk sorang2. Saya nak awak ada bersama-sama saya. Saya nak bersahabat dengan awak sampai ke syurga. :)

Hilangkan kebencian di dalam hati. Tanamkan kasih.

Sunday 11 December 2011

i'm perfect @ i'm not perfect

"I'm not perfect"
"yea... nobody's perfect"

"xder orang sempurna dalam dunia ni..."
Adakah kita menggunakan dialog di atas untuk mempertahankan diri apabila kita membuat kesilapan?
Kita sering menggunakan kata-kata di atas bukan?
Mungkin juga suatu ungkapan tanda merendahkan diri. :) tak mengapa.

Kita sering mengatakan bahawa kita tak sempurna... dan kita menjadikan alasan x sempurna ni utk menutupi kesalahan atau kecacatan diri. Kita menjadikan hal ini sebagai alasan bila sesuatu itu tidak disenangi...

Bak kata seorang kaunselor, "kita perfect, tapi kita yang tak memperfectkan diri kita."
Kita dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini dengan sebaik-baik kejadian bukan???



Didalam surah At-Tinn ayat 4 yang bermaksud:
“Verily, We created man of the best stature(mould)”
“Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik baik kejadian “

... Tidak dinafikan memang insan selalu melakukan kesalahan, tidak boleh lari dari itu.
Tetapi mengapa dikurniakan akal jika tidak untuk digunakan untuk membina diri? Allah menjadikan kita manusia berbeza daripada makhluk2 lain. Dan Allah melantik manusia sebagai khalifah di atas bumi ini.
Sepanjang hidup kita, kita tidak lari dari pembelajaran...dan pengajaran...
Kita mengalami proses pembelajaran sepanjang hayat.

Jadi, kita seharuslah selalu membina diri untuk menjadi yang terbaik. Sikap-sikap kita yang kurang disenangi orang mestilah diubah. Mungkin tidak sepenuhnya, tetapi kita boleh mengurangkan sedikit demi sedikit. Itu adalah satu proses memperfectkan diri kita. Jadi kita berpeluang untuk jadi semakin perfect, mungkin iman kita selalu naik-turun, yang menyebabkan kita tersilap langkah dan melakukan kesalahan. Sebab itulah kita kena selalu melakukan ibadah2 sunat untuk memandu & menguatkan iman kita. Jadi, apa tindakan kita selepas ini untuk menuju ke arah kesempurnaan? tepuk dada tanya iman.
Apa-apa pun Allah mengetahui yang terbaik, kita sekadar berusaha... :)

Jadi, ubah mindset ANDA...

I'M NOT PERFECT. BUT, I AM A PERFECTIONIST


Satu lagi situasi yang ingin saya kongsikan.

"Kenapa awak taknak pakai tudung?"
"Buat apa saya pakai tudung kalau tak ikhlas? Saya xnak hipokrit, saya nak jadi diri saya. Saya macam ni la... saya selesa dengan hidup saya."

HIPOKRIT

bagi saya... sesuatu yang dikatakan hipokrit itu adalah satu usaha untuk berubah ke arah kebaikan.
Cuba bayangkan, sewaktu kita kecil... kita telah diajar oleh ibu bapa kita untuk solat. Adakah sewaktu itu kita mengerti apa itu ikhlas? Mungkin kita menunaikan solat untuk mengelakkan daripada dirotan ayah.
Tapi, bila dah lama-lama kita dah terbiasa kan??? Sekarang bagaimana? Itu adalah satu usaha biarpun pada mula-mula kita tidak suka apa yang kita lakukan itu...

Kesimpulannya, semuanya mudah kalau kita bukan seseorang yang suka memberi alasan.


Segala kesimpulan di atas adalah hasil pendapat saya sendiri. Mungkin bercanggah bagi mana-mana pihak. Saya sekadar menyuarakan pendapat. :)


Monday 5 December 2011

Khas buat mu, kawan...

Kawan,
pertama kali ku mengenalimu,
aku sudah tertarik dengan budi pekertimu,
kau seorang yang lembut bicara,
pandai bermadah kata.

Semenjak perkenalan kita,
perhubungan kita semakin erat,
seperti isi dan kuku,
segala suka dan duka dikongsi bersama.

Sedang kita membina persahabatan ini,
takdir telah menentukan kita,
membawa haluan masing-masing,
sukar untuk menghalang perpisahan ini,
kerana aku hanya insan biasa,
aku hanya mampu menyimpan memori dan kenangan,
dan akan ku jadikan ia sebuah kenangan yang terindah...

Walaupun kita jarang bersua,
tapi kutahu kau bahagia dengan teman-temanmu,
teruskanlah perjuanganmu,
janganlah kau cepat berputus asa,
perjuangan kita terlalu berat untuk dipikul.
Dan...
aku hanya mampu berdoa
agar hidupmu diberkati dan dirahmati Tuhan yang Maha Esa.
Semoga kau berjaya di luar sana. =)


Friday 25 November 2011

Cinta Ilahi, cinta manusia...

Renungan bersama...

Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu begaimana untuk bersyukur dengan nikmat, adakah apa yang kita jumpa itu betul? Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka, tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah lama tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ibarat seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian & berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun & kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilanganya & juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak hadir, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati terhadap seseorang, satu jam untuk mencintai seseorang, satu hari untuk mengasihani seseorang. Tetapi, untuk mencintai seseorang & dicintai kembali adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dicapai kerana cinta tidak akan hadir hanya sekelip mata.

Cinta memerlukan pengorbanan yang besar di mana ia tidak semudah untuk dilafazkan. Cinta yang hadir sekelip mata hanya akan mengambil masa yang sama untuk berubah. Tapi cinta yang sebenar mengambil masa sepanjang kehidupan untuk melupakan seseorang. Jangan pandang hanya pada kecantikan kerana ia mungkin suatu yang palsu. Jangan kejar kepada kemewahan sahaja kerana ia pasti akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari anda yang suram & kata-kata yang dapat menyentuh perasaan anda. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda & memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda impikan, pergilah mencari ia kemana-mana yang anda ingin tujui supaya anda tidak menyesal sebelum mencuba daripada mencuba untuk menyesal dengan perlakuan lepas. Dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki hanya satu kehidupan & satu peluang untuk melakukan & menunjukkan isi hati anda. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan & harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka juga membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari  & mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman & berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan & kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis kerana genggaman tangan anda terlerai di mana genggaman tersebut mendapat amanat daripada-Nya & orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, anda orang yang akan tersenyum & orang sekeliling anda juga akan tersenyum kerana di dalam hati mereka terdapat sesuatu yang dapat dikenang...


Love for Creator

Friendship

Love among mankind



But all that need sacrifice...



... and to all who know me...
and I won't hurt you...




Tuesday 8 November 2011

Berpasanganlah Dengan Sahabat Kamu

"bagaimana saya hendak menegur kawan saya yang mempunyai pasangan?"
...
"Kamu couple atau tidak dengan kawan kamu itu?"

Eh?
Hah?
Nak suruh jd lesbiankah?
gay...? Bisexual.....?????

Mengapa berpasangan?
--------------------> Jatuh Cinta!!!
Kalau jatuh cinta.... mesti ada 'tragedi' urat-mengurat kn?
Ungkapan-ungkapan sayang lah... hadiah lah... moment2 indah yg xdpt dilupakan... :D ... caring....

----------------> Itulah yg membawa kpd bersatunya dua manusia atas nama COUPLE.

*Apabila suci tidak dijaga*
Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita. Kita x ambil berat ttg dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah? *xsoh duk oyak lah.... x bui2...* 
Hari Jadi pun xtahu...
Jup0 pun x sengeh....
Peluk kasih pun x....
Tetapi, apbl kawan kita terjerumus ke lembah kekotoran,,, kita menghina-hinanya.!
Persoalannya skrng... Mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sehingga tidak kenal halal dan haram? ----------> KERANA kita, sahabatnya yg halal ni x mengisi kehidupannya!

Macam mana plk dengan statement ni???
" Saya rapat dengan dia.... tp dia masih couple..."
Ye.... mmg. tp bezanya ialah Kita lebih mudah menegurnya. Sebab kita sahabatnya yg terbaik. Mustahil dia tidak membuka hati utk mendengar bicara kita.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan meninggalkan sahaja seseorang bergelumang dalam dosa dan hanya mengutuknya dr belakang. Manusia perlukan sentuhan. Pernahkah kita menyentuh jiwa sahabat kita? Pernahkah kita mengisi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kita sayang kepadanya? Pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya? 

Di sini kita memerhatikan kembali situasi ini....


"bagaimana saya hendak menegur kawan saya yang berpasangan?"
...
"Kamu berpasangan atau tidak dengan kawan kamu itu?"

Kita semua selalu sebut...
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan)." ~Al-Israk 17:32~

Persoalannya, siapakah yg btul2 berusaha mmbimbing sahabatnya dlm hal 'Dan janganlah kamu menghampiri zina' ?
Sekarang, baik kita mula couple dengan sahabat sendiri utk mengisi kelompongan hatinya. InsyaAllah. kelompongan hati kita juga terisi.... :)

Apa kaitannya dengan post di atas? xde apa... cuma nak suruh kita menghargai sahabat kita sblm tiada lg kesempatan...


Dipetik dr Batu-bata Kehidupan