Renungan bersama...
Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu begaimana untuk bersyukur dengan nikmat, adakah apa yang kita jumpa itu betul? Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka, tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah lama tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling baik ibarat seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian & berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun & kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilanganya & juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak hadir, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati terhadap seseorang, satu jam untuk mencintai seseorang, satu hari untuk mengasihani seseorang. Tetapi, untuk mencintai seseorang & dicintai kembali adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dicapai kerana cinta tidak akan hadir hanya sekelip mata.
Cinta memerlukan pengorbanan yang besar di mana ia tidak semudah untuk dilafazkan. Cinta yang hadir sekelip mata hanya akan mengambil masa yang sama untuk berubah. Tapi cinta yang sebenar mengambil masa sepanjang kehidupan untuk melupakan seseorang. Jangan pandang hanya pada kecantikan kerana ia mungkin suatu yang palsu. Jangan kejar kepada kemewahan sahaja kerana ia pasti akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari anda yang suram & kata-kata yang dapat menyentuh perasaan anda. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda & memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda impikan, pergilah mencari ia kemana-mana yang anda ingin tujui supaya anda tidak menyesal sebelum mencuba daripada mencuba untuk menyesal dengan perlakuan lepas. Dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki hanya satu kehidupan & satu peluang untuk melakukan & menunjukkan isi hati anda. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan & harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka juga membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari & mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman & berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan & kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis kerana genggaman tangan anda terlerai di mana genggaman tersebut mendapat amanat daripada-Nya & orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, anda orang yang akan tersenyum & orang sekeliling anda juga akan tersenyum kerana di dalam hati mereka terdapat sesuatu yang dapat dikenang...
Love for Creator
|
Friendship
|
Love among mankind
But all that need sacrifice...
|
... and to all who know me...
and I won't hurt you...
No comments:
Post a Comment