Pages

Saturday 28 September 2013

.biar bersungguh.

Salamullahialaikum...

Buat sesuatu biar bersungguh. Tak kira apapun yang kita buat, biar bersungguh.


Sedang menunggu kawan nak pergi ke kelas. Ternampak makcik cleaner sedang mengikis-ngikis kotoran pada lantai. Hati ini... "Ya Allah, begitu betul2 menunaikan amanah sebagai 'environmental engineer'". Saya tak nampak pun lantai tu kotor. Tapi mereka nampak! Ya, sebab itu bidang kerja mereka. Jangan meremehkan mereka. Kalau kita? "Eleh... kikis2 pun nanti kotor juga". Itu lah kita... melihat terlalu ke hadapan, tetapi salah pemikirannya.

Satu lagi, selepas habis berdiskusi singgah di tandas Library. Tetiba nampak dua orang makcik cleaner bertinggung mencuci lubang tandas.
Tahu tak? Mereka tak pakai ni...











malah pakai tangan dan berus kecil sahaja tanpa memakai SARUNG TANGAN!
Mereka tak jijik sebab itu kerja mereka. Salute lah Makcik!
Paling penting mereka bersungguh.

Kita pun sama, buat kerja, biar bersungguh. Kalau bermain, biar bersungguh, insyaAllah menang. Kalau bersukan, biar bersungguh insyaAllah sihat. Kalau melukis, biar bersungguh, biar cantik. Pokoknya apabila buat sesuatu, bersungguhlah! dan... Kalau belajar biar bersungguh, belajar dengan hati. Apabila hati dah suka mesti selalu nak belajar, rajin pun rajin. Kalau buat assessment biar bersungguh juga. Jangan bersikap acuh tak acuh. Ini lepas tangan kat groupmate, dia dapat markah sama, kita pun dapat markah sama. Cuma yang lainnya contribution kita.

Amanah dengan Allah dan amanah dengan orang, biarlah dijaga.
Apabila kita bersungguh, Allah pun mesti tak teragak-agak nak bagi kan?

Man Jadda Wajada-Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti mendapat hasil
Where there is a will, there is a way
Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

Tidak ada yang susah atau sulit jika kita berusaha dengan keras dan ikhlas, yang penting ada kesungguhan serta gunakan logik akal yang telah Allah kurniakan kepada kita manusia yang lebih baik dari makhluk-makhluk lain di bumi ini.

It's about mind, what you think, you become.

Wassalam...


No comments:

Post a Comment