Ramai yang menghadapi masalah nak menegur kawan-kawan bukan?
Kalau kita tegur, tak terasa ke 'si fulan' tu?
Di sini satu kekurangan dalam perhubungan kita dengan sahabat2 kita. Sehingga kita takut dia akan terasa dengan teguran kita itu. Sehinggakan kita risau akan penerimaannya terhadap kita.
Tahu tak kita kurang apa?
Bak kata Hilal, kita kurang 'Jambatan Hati'.
Apakah Jambatan Hati?
Jambatan hati adalah hubungan antara hati. Biasanya digunakan terma jambatan kerana fungsi jambatan adalah untuk menghubungkan dua tanah yang terpisah.
Apakah yang mampu menjadi 'jambatan' antara hati-hati kita?
Bahan asas yang utama dalam nak membina 'jambatan' antara hati-hati kita itu adalah keimanan kita kepada Allah. Dan 'jambatan'nya adalah akhlak dan kebaikan yang kita semaikan kepada mereka.
Pokoknya, kita membina hubungan kita dengan mereka, untuk mengejar keredhaan Allah S.W.T.
=)
Binalah persahabatan kita berpaksikan keimanan, nescaya syurga menanti.
Kalau saya dapat masuk syurga, saya tak nak masuk sorang2. Saya nak awak ada bersama-sama saya. Saya nak bersahabat dengan awak sampai ke syurga. :)
Hilangkan kebencian di dalam hati. Tanamkan kasih.
No comments:
Post a Comment