Pages

Sunday 30 October 2011

ku temui Cahaya Keamanan


Sahabat...
aku menulis di sini,
kerana dunia berhak tahu kisah kita...
Sahabat...
dulu kau adalah seseorang yang agak asing dalam hidupku,
tetapi dengan hanya satu sapaan yang kau hulurkan,
terus memikat hatiku,
begitu hebatnya aura yang kau zahirkan,
aura kau tidak seperti yang lain,
sungguh jauh perbezaannya...
Tatkala diriku dalam kebingungan,
menyendiri keseorangan...melayan perasaan,
kau hadir di hadapanku,
sapaan yang kau lontarkan,
walaupun tiada kata yang kubalas,
namun kau tetap dengan pendirianmu,
berusaha mencungkil diriku.
Kalau dulu...
aku seseorang yang misteri,
tetapi kini semuanya sudah terbongkar,
betapa tingginya tekad kau mengorek rahsia diriku...
Sahabat,
aku seseorang yang penuh dengan kisah lalu,
tiada senyum yang ku ukir diraut wajahku,
satu saat,
kau hadir dalam hidupku...
begitu cepat kita mencipta sebuah kemesraan,
hidupku kembali ceria pabila kita ditemukan,
hanya senyum yang ku ukir sepanjang perkenalan kita.
Sahabat, mulianya peribadimu...
tatkala aku dalam keresahan..
serta kebuntuan...
tiada lain disisiku melainkan kau sebagai teman setia,
telinga yang kau pinjamkan...mendengar luahanku,
memberikanku semangat untuk terus menghadapi liku-liku hidup.
Sahabat,
sejak kita mengenali antara satu sama lain,
pelbagai rintangan yang kita tempuhi,
tohmahan dan umpat keji dilemparkan,
kita redahi bersama...
mungkin aku tidak kuat,
tetapi dengan kehadiranmu disisi,
memberikanku semangat untuk hadapinya.
Masihkah kau ingat cerita kita?
yang membuatkan aku menjauhi dirimu...
suatu keputusan bodoh yang kubuat...
meninggalkan kau kesorangan dalam 1001 persoalan...
Selepas kejadian itu,
kita hadapi hari-hari dengan muram...
kenyataan yang sukar untuk aku terima...
Namun suatu saat,
aku terasa aku kehilanganmu...
kehilangan sahabat yang terbaik dalam hidupku...
ketika itu, bayang-bayangmu mula menghilang..
menimbulkan persoalan di mindaku,
Masihkah ada ruang untuk aku dihatimu?
akan ku pertahankan ukhwah kita,
aku mula bangkit dari segala tohmahan dan mimpi ngeri...
tiada apa yang kubuat selain menebus kesalahanku padamu...
kerana tika itu, aku sedar engkaulah cahaya keceriaanku.
Walaupun terlalu banyak kepahitan yang kau telan,
kau masih menerimaku,
Sejak itu...
Aku mula mengerti
apa itu makna sahabat sejati.
Walaupun kita dihujani begitu banyak ujian,
tapi hubungan kita masih utuh,
kerana diqalbi ini sudah tertanam benih-benih keikhlasan mengharapkan
keredhaan Ilahi...
benar kata kau...
"Jika kita menyuarakan besarnya ukhwah kita, besarlah yang Allah uji, kerana Allah tidak mahu kita hanya sekadar berkata-kata"

Pesanan kepada mereka,
Hargailah teman sebaiknya,
kerana pabila sesaat kau kehilangannya,
Tika itulah kau sedari...
Betapa nikmatnya ANUGERAH ILAHI...

No comments:

Post a Comment