Golongan yg hidup untuk peperiksaan ni 100% percaya yang bahawa kejayaannya disebabkan keupayaan dan usaha sendiri.
Mereka lupa bahawa yang menciptakan kejayaan itu adalah Allah.
Mereka lupa bahawa yang meminjamkan nikman kemenangan itu adalah Allah.
Dan mereka lupa yang menguji dengan kegagalan itu adalah Allah.
Mungkin kita menggondol semua 'A' dalam matapelajaran di dunia tetapi akhirnya apabila diperiksa di akhirat, tiada 'A' dalam jiwa: akhlak buruk; akidah lemah; dan semangat selembut sutera lalang ditiup angin. Allah tidak bertanyakan tentang keputusan peperiksaan kita di dunia ini tp subjek utama yg Allah s.w.t. hendak hitung adalah solat kita.
Jadi kita perlu balik ke jalan yg benar! Jangan terlalu obses dengan usaha untuk mencapai kejayaan sehingga tidak terjaga hubungan dengan Allah atau dengan kata lain "Hablumminallah". Remember, kejayaan yang sebenar ialah kesungguhan kita berusaha mencapai kejayaan dan tawakkaltu ala Allah.
Rafakkan kesyukuran setinggi-tingginya ketika menyambut peperiksaan. Keseronokan yang dikecapi dibayar dengan amal ibadah yg semakin berkualiti. InsyaAllah kejayaan yg dikurniakan Allah itu bakal mewarnai masa depan dengan kehidupan yg lebih bahagia.
Wake up! Semua org tahu tentang peperiksaan di Padang Mahsyar. Perhitungan amalan akan dilakukan dan keputusan sama ada ke syurga atau neraka akan diumumkan.
No comments:
Post a Comment