Pages

Friday 25 November 2011

Cinta Ilahi, cinta manusia...

Renungan bersama...

Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu begaimana untuk bersyukur dengan nikmat, adakah apa yang kita jumpa itu betul? Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka, tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah lama tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ibarat seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian & berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun & kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilanganya & juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak hadir, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati terhadap seseorang, satu jam untuk mencintai seseorang, satu hari untuk mengasihani seseorang. Tetapi, untuk mencintai seseorang & dicintai kembali adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dicapai kerana cinta tidak akan hadir hanya sekelip mata.

Cinta memerlukan pengorbanan yang besar di mana ia tidak semudah untuk dilafazkan. Cinta yang hadir sekelip mata hanya akan mengambil masa yang sama untuk berubah. Tapi cinta yang sebenar mengambil masa sepanjang kehidupan untuk melupakan seseorang. Jangan pandang hanya pada kecantikan kerana ia mungkin suatu yang palsu. Jangan kejar kepada kemewahan sahaja kerana ia pasti akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari anda yang suram & kata-kata yang dapat menyentuh perasaan anda. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda & memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda impikan, pergilah mencari ia kemana-mana yang anda ingin tujui supaya anda tidak menyesal sebelum mencuba daripada mencuba untuk menyesal dengan perlakuan lepas. Dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki hanya satu kehidupan & satu peluang untuk melakukan & menunjukkan isi hati anda. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan & harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka juga membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari  & mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman & berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan & kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis kerana genggaman tangan anda terlerai di mana genggaman tersebut mendapat amanat daripada-Nya & orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, anda orang yang akan tersenyum & orang sekeliling anda juga akan tersenyum kerana di dalam hati mereka terdapat sesuatu yang dapat dikenang...


Love for Creator

Friendship

Love among mankind



But all that need sacrifice...



... and to all who know me...
and I won't hurt you...




Tuesday 8 November 2011

Berpasanganlah Dengan Sahabat Kamu

"bagaimana saya hendak menegur kawan saya yang mempunyai pasangan?"
...
"Kamu couple atau tidak dengan kawan kamu itu?"

Eh?
Hah?
Nak suruh jd lesbiankah?
gay...? Bisexual.....?????

Mengapa berpasangan?
--------------------> Jatuh Cinta!!!
Kalau jatuh cinta.... mesti ada 'tragedi' urat-mengurat kn?
Ungkapan-ungkapan sayang lah... hadiah lah... moment2 indah yg xdpt dilupakan... :D ... caring....

----------------> Itulah yg membawa kpd bersatunya dua manusia atas nama COUPLE.

*Apabila suci tidak dijaga*
Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita. Kita x ambil berat ttg dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah? *xsoh duk oyak lah.... x bui2...* 
Hari Jadi pun xtahu...
Jup0 pun x sengeh....
Peluk kasih pun x....
Tetapi, apbl kawan kita terjerumus ke lembah kekotoran,,, kita menghina-hinanya.!
Persoalannya skrng... Mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sehingga tidak kenal halal dan haram? ----------> KERANA kita, sahabatnya yg halal ni x mengisi kehidupannya!

Macam mana plk dengan statement ni???
" Saya rapat dengan dia.... tp dia masih couple..."
Ye.... mmg. tp bezanya ialah Kita lebih mudah menegurnya. Sebab kita sahabatnya yg terbaik. Mustahil dia tidak membuka hati utk mendengar bicara kita.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan meninggalkan sahaja seseorang bergelumang dalam dosa dan hanya mengutuknya dr belakang. Manusia perlukan sentuhan. Pernahkah kita menyentuh jiwa sahabat kita? Pernahkah kita mengisi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kita sayang kepadanya? Pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya? 

Di sini kita memerhatikan kembali situasi ini....


"bagaimana saya hendak menegur kawan saya yang berpasangan?"
...
"Kamu berpasangan atau tidak dengan kawan kamu itu?"

Kita semua selalu sebut...
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakkan)." ~Al-Israk 17:32~

Persoalannya, siapakah yg btul2 berusaha mmbimbing sahabatnya dlm hal 'Dan janganlah kamu menghampiri zina' ?
Sekarang, baik kita mula couple dengan sahabat sendiri utk mengisi kelompongan hatinya. InsyaAllah. kelompongan hati kita juga terisi.... :)

Apa kaitannya dengan post di atas? xde apa... cuma nak suruh kita menghargai sahabat kita sblm tiada lg kesempatan...


Dipetik dr Batu-bata Kehidupan

Sunday 6 November 2011

Sahabatku, Aku Bukan Sahabatmu

Artikel ini adalah mengenai satu tajuk di dlm Batu-bata Kehidupan, Hilal Asyraf. Tertarik utk brkongsi sedikit mengenai tjuk ini, memandangkn ukhti Hidayah Shukri curious sgt nk tau buku ini berkisar ttg ap... Buku ini mengenai tarbiyah rohani dan mengajak kita utk bergerak membina kehidupan berlandaskan arahan-Nya. Merangkumi Hubungan dgn Allah dan juga sesama manusia. tetapi di sini saya memilih utk fokus kpd 1 tajuk shj iaitu "Sahabatku, Aku bukan sahabatmu".

* JOM Melihat bagaimana kita membina ukhwah kita berlandaskan arahanNya*

“Dlm kehidupan ini, kita suka diberi. Disuap adalah kebiasaan manusia. Tidak ramai manusia menggerakkan diri mereka utk menyuap dan memberi. Sebab itu, lebih ramai manusia tidak mahu berusaha, tetapi hanya menunggu rezeki datang bergolek kepada diri mereka.”

S0, camtu jgk dlm persahabatan. Kita suka apa yg kta beri tu dibalas balik. *ye la kan… xkn nk brtepuk sblh tangan*. Jika tiada timbal balik, kta malas nk trusknnya. Btol x? 
Manusia ni pelbagai ragam. Ap2 pn bleh jd, so, drpd mgharapkn sesuatu yg x pasti, lbeh baik kita siapkn diri kita utk face pahitnya realiti.

“Jadilah sahabat kpd orang lain, dan jgn sesekali menuntut org lain utk jd sahabat kita.”  
Kita suka baca kisah dua orang sahabat yg kukuh ukhwahnya. *ye la kan… cerita, novel, drama mmg camtu… mna nk sama ngn life kita*  so wat? Kita spttnya merealitikn cerita2 itu dlm khidupan kita. Saya tahu mmg sukar tp x mustahilkan? Never say no before you try.!
Namun, Cabaran kita sebagai manusia hidup dalam realiti bukan novel ataupun drama. Tp itu x brmakna kita perlu melepaskan ukhwah kita...
Kata Hilal, “…Cuma saya hndak mmbawa anda melihat satu sisi baru. Daripada kita mendambakan balasan sahabat kita, saya lebih senang agar kita melupakan balasan drps sahabat kita. Ya, jgn harapkan drpd sahabat kita apa2.”


Bukan semua orang faham brkenaan ukhwah. Ya, kita sayangkn sahabat kita. Tp, adakah sahabat kita tu phm makna ukhwah spt yg kita phm? Ukhwah plg tinggi adalah itsar dan yg terendah adalah berlapang dada. Adakah dia jgk phm bnda yg sama???

“Hakikatnya, teori ukhwah tu bkn trletak dua hala. Kita beri dia balas. Dia baik, kita baik. NO. Teori Ukhwah dibina atas dasar keimanan. Drpd keimanan berbuahnya keikhlasan. Keikhlasan ini membuatkn kita brgerak mengasihi sahabat kita tanpa mndambakan balasan apa2.”

Tahu apa yg mmbuatkan ukhwah tu indah?

PENGORBANAN!

Kita korbankan masa, ruang jiwa, harta kpd sahabat kita… Kita korbankan apa shj utk sahabat kita… Semuanya utk ukhwah kita. Itu yg mmbina ukhwah kita. Pengorbanan kita mestilah berdiri atas keimanan dan keikhlasan, tidak terkeluar dari batas 2 prkara tu.
*Berkorban tanpa dpt apa2 balasan?*  namun inilah yg mmbuatkn manusia sukar merealitikan ukhwah. NAMUN SIAPA KITA UNTUK MENGUBAH HATI ORANG LAIN AGAR MENGIRA KASIH SAYANG KITA KEPADA dia? Allah lah yg mmberi hidayah. Dialah yg membolak-balikkan hati.

Kata2 seorang ulama di Jordan,“Hubungan kamu dgn sahabat kamu, adalah tanggungjawab kamu kpd Allah. Kamu tidak mgharapkn balasan drpd sahabat kamu atas kebaikan kamu. Hubungan sahabat kamu terhadap kamu pula, itu adalah tanggungjawab dia kpd Allah.”
So, Jadilah sahabat yg sebenarnya kpd sahabat kita. Jangan ungkit kebaikan kita kpdnya. Lalui hidup ini dgn tabah, dan ikhlaskn niat krn Allah. Allah jugalah sebaik-baik Pemberi balasan.
Kita kna tahu yg...
“Hati manusia bukan macam tanah liat. Kita ketuk terus berubah. Alangkan Umar Al-Khattab pun, bukannya kenal Rasulullah terus beriman. Hati manusia perlukan proses yg berpanjangan & berterusan."

S0, Jangan putus asa dgn persahabatan anda kita, kasih sayang anda kita, yang anda kita rasa tidak berbalas sehingga hari ini. Ingatlah bahawa, sekarang ini, dia adalah sahabat anda kita. Tetapi, anda kita mungkin belum menjadi sahabatnya sekarang. Think about that!

Thursday 3 November 2011

Rahsia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

haa... semasa sedang sibuk mengemas almari buku... tiba terjumpa sehelai kertas di dalam 1 fail dimana tertulisnya 'rahsia' ini... "Rahsia Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan". Terasa tertarik untuk berkongsi, ilmu itu Allah yg punya... jd ana patut sebarkannya :)

Sebenarnya, tajuk ni berkaitan dengan matapelajaran Sivik (PSK) yang diajar oleh seorang ustaz yang sangat berilmu dan pakar dalam Fiqh n Syariah serta bahagian2 lain juga. Beliau mengisi masa muda beliau menuntut ilmu di Madinah. Sejujurnya, beliau seorang yang sangat disegani dan dihormati masyarakat.

--------------> berbalik kpd rahsia td....
RAHSIA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

1. Amar makruf nahi mungkar.
Berbuat baik dan menjauhi kemungkaran.

Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya."                     
Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wal mu'minuna wal mu'minaatu ba'dhuhum auliyaa'u ba'dh ya'muruuna bil ma'rufi wayanhauna anil mungkar." Yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar."

Tetapi pada pendapat ana, ramai yang mengajak untuk berbuat kebaikan tetapi tidak ramai yang mencegah kemungkaran. Sebagai contoh yang ana nak bagi...

"Jom kita pergi masjid!!!"
baguslah tu....
tetapi tak ramai yang mencegah orang di dalam sesebuah masjid untuk tidak berbual atau bercakap tentang keduniaan di dalam rumah Allah.
contaknya... "Sebelum tu saya nk mintak maaf jika ucapan saya menyakitkan awak. Ini rumah Allah, sepatutnya kita tidak berbual kosong sebaliknya zikrullah sebanyaknya"
Tak ramai yang nak menuturkan ayat di atas kan? Takut mengguris hati sesiapa. Sememangnya, jihad di jalan Allah itu pahit, KENAPA YA???
kerana SYURGA ITU MANIS. :)

2. Menjaga Disiplin Diri.











3. Mendapat keredhaan ibu bapa dan guru.
Hal ini sangat penting kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa. Berhati-hatilah dengan tingkah laku kita. Sikap kita terhadap guru juga perlu dijaga, jangan sesekali menyakitkan hati guru kerana berkat guru itu menjamin ilmu yang kita perolehi.

4. Solat sunat.
Selalulah mengerjakan solat sunat terutamanya solat sunat hajat. Tetapi jangan diremehkan solat yang wajib.!

4. Belajar bersungguh-sungguh.
Semestinya inilah salah satu usaha yang kita perlu lakukan. Kesungguhan itu penting kerana tekad itu membawa kemajuan. Dan tawakkaltualallah. Tawakkal itu adalah usaha, Kalau tidak ada usaha maka konsep tawakkal tidak wujud.

5. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
Wuduk yang sempurna menghapuskan dosa-dosa.
"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya"

6. Berdoa
Berdoalah, Nescaya Allah Akan Memperkenankannya.
Suatu perkara yang diyakini oleh kebanyakan manusia sama ada dari umat Islam atau pun seluruh penganut agama yang ada atau oleh yang selainnya bahawa doa itu adalah senjata paling ampuh untuk meraih manfaat dan menolak mara bahaya.

Dan sebagai peringatan...
- jangan makan banyak
- jangan tidur terlalu melampau terutamanya antara 3pm-6pm.
- jangan makan makanan yang masam.

wallahua'lam... :)