Pages

Thursday 3 November 2011

Rahsia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

haa... semasa sedang sibuk mengemas almari buku... tiba terjumpa sehelai kertas di dalam 1 fail dimana tertulisnya 'rahsia' ini... "Rahsia Mendapat Keputusan Cemerlang Dalam Peperiksaan". Terasa tertarik untuk berkongsi, ilmu itu Allah yg punya... jd ana patut sebarkannya :)

Sebenarnya, tajuk ni berkaitan dengan matapelajaran Sivik (PSK) yang diajar oleh seorang ustaz yang sangat berilmu dan pakar dalam Fiqh n Syariah serta bahagian2 lain juga. Beliau mengisi masa muda beliau menuntut ilmu di Madinah. Sejujurnya, beliau seorang yang sangat disegani dan dihormati masyarakat.

--------------> berbalik kpd rahsia td....
RAHSIA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN

1. Amar makruf nahi mungkar.
Berbuat baik dan menjauhi kemungkaran.

Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya."                     
Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wal mu'minuna wal mu'minaatu ba'dhuhum auliyaa'u ba'dh ya'muruuna bil ma'rufi wayanhauna anil mungkar." Yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar."

Tetapi pada pendapat ana, ramai yang mengajak untuk berbuat kebaikan tetapi tidak ramai yang mencegah kemungkaran. Sebagai contoh yang ana nak bagi...

"Jom kita pergi masjid!!!"
baguslah tu....
tetapi tak ramai yang mencegah orang di dalam sesebuah masjid untuk tidak berbual atau bercakap tentang keduniaan di dalam rumah Allah.
contaknya... "Sebelum tu saya nk mintak maaf jika ucapan saya menyakitkan awak. Ini rumah Allah, sepatutnya kita tidak berbual kosong sebaliknya zikrullah sebanyaknya"
Tak ramai yang nak menuturkan ayat di atas kan? Takut mengguris hati sesiapa. Sememangnya, jihad di jalan Allah itu pahit, KENAPA YA???
kerana SYURGA ITU MANIS. :)

2. Menjaga Disiplin Diri.











3. Mendapat keredhaan ibu bapa dan guru.
Hal ini sangat penting kerana keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa. Berhati-hatilah dengan tingkah laku kita. Sikap kita terhadap guru juga perlu dijaga, jangan sesekali menyakitkan hati guru kerana berkat guru itu menjamin ilmu yang kita perolehi.

4. Solat sunat.
Selalulah mengerjakan solat sunat terutamanya solat sunat hajat. Tetapi jangan diremehkan solat yang wajib.!

4. Belajar bersungguh-sungguh.
Semestinya inilah salah satu usaha yang kita perlu lakukan. Kesungguhan itu penting kerana tekad itu membawa kemajuan. Dan tawakkaltualallah. Tawakkal itu adalah usaha, Kalau tidak ada usaha maka konsep tawakkal tidak wujud.

5. Sentiasa dalam keadaan berwuduk.
Wuduk yang sempurna menghapuskan dosa-dosa.
"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir.Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya"

6. Berdoa
Berdoalah, Nescaya Allah Akan Memperkenankannya.
Suatu perkara yang diyakini oleh kebanyakan manusia sama ada dari umat Islam atau pun seluruh penganut agama yang ada atau oleh yang selainnya bahawa doa itu adalah senjata paling ampuh untuk meraih manfaat dan menolak mara bahaya.

Dan sebagai peringatan...
- jangan makan banyak
- jangan tidur terlalu melampau terutamanya antara 3pm-6pm.
- jangan makan makanan yang masam.

wallahua'lam... :)

No comments:

Post a Comment