Pages

Friday 8 November 2013

Mentari Baharu

Teringat... saat melayani perasaan...
menatap rangkap-rangkap lagu...
dinyanyikan oleh Celine Dion.

"Let the rain come down
And wash away my tears
Let it fill my soul
And drown my fears
Let it shatter the walls 
For a new sun

A new day has come
A new day has come"

Aku sangat suka akan rangkap ini, "Let it shatter the walls for a new sun..."
menunjukkan peluang itu selalu ada, 

Kebelakangan ini, berbagai-bagai input memasuki minda, dari perbagai medium termasuk lecturers, buku-buku, talk, social network dan sebagainya...

Baru beberapa hari lepas, sempat meluangkan masa mencurah isi hati yang sudah lama terbuku dek masa dan kerja yang membatasi kami untuk bersama. dengan seorang sahabat akrab, ukhti Amnah.
dia membangkitkan suasana, "Raa... am teringat kt sep2 BADAR, kita buat kerja dakwah sama2...Tapi sekarang masing2 buat hal sendiri, kalau am join program dakwah kt sini, am mesti teringat kt korang... am sedih., sbb kita xberpeluang bekerja sama2 lg. Am teringat kt certain2 kawan kita yg dh tinggalkn kerja dakwah ni"
ada di antara kita memilih untuk tinggalkan dakwah kerana sebab2 tertentu yg pernah dihantui. Termasuklah aku sendiri. Aku? tinggalkan kerja dakwah? Alhamdulillah... dakwah terhadap diri sendiri satu kewajipan tetapi terhadap orang lain bagaimana?

Pada tahun 2011, baru memasuki 'centre foundation studies of IIUM kt Nilai, waktu itu jiwa masih berkobar2 kerana baru sahaja meninggalkan sekolah, aktiviti dakwah masih segar dalam diri...
Pada satu hari, terlihat banyak Ads untuk menyertai mana2 persatuan atau kelab. Tidak tahu mengapa hati tergerak untuk menyertai PERKIM dan tanpa ragu2 mengisi untuk bertanding untuk jawatan S/U. Selang beberapa hari selepas itu, terima mesej dr President PERKIM Nilai, dan meminta aku untuk bersedia memberi manifesto pada malam itu. "Wah... kena cakap depan orang ramai..." Jadi aku bersiap sedia dengan sedikit bantuan daripada sahabat aku Amnah bagaimana untuk membentangkan manifesto dengan baik. Alhamdulillah, aku menang majoriti lebih kurang 90% ahli dewan. 
Ini kali pertama aku harus bekerja dengan namanya 'lelaki', memandangkan aku datang dari sekolah yang pelajarnya semua perempuan. Jadi, sedikit 'awkward'.
tetapi dengan jawatan ini, aku tidak melakukan apa2 tugas mungkin kerana persatuan ini tidak berapa aktif.
...
1 semester di Nilai, kemudian kami dipindahkan ke PJ. Di sana, aku meneruskan sedikit aktiviti PERKIM, tetapi kebanyakkannya tidak disertai mungkin kerana terlalu fokus pada pelajaran. Suatu hari, aku 'dirisik' oleh senior PERKIM untuk memegang amanah sebagai Assistant Head untuk satu biro. Setelah 1 hari bertafakkur aku memilih untuk menolak pelawaan itu mungkin kerana aku perlu membiasakan diri memahami sistem berorganisasi di UIA, aku perlukan masa.
Masa di UIA dihabiskan begitu sahaja, tanpa sebarang persatuan untuk diikuti...
...
Tahun pertama di Main Campus, UIA Gombak.
kadang-kadang, timbul suara dari dalam... "Aku xtahu, tapi aku rasa kekurangan.... tp aku tak tahu apa yang kurang itu...."
Terasa lack of confidence.
Melihat kawan2 yang semakin membangun, semakin luas pandangan mereka, mereka meninggi"
Tetapi aku?
Sekarang aku tahu apa yang kurang itu.... kurang 'hidup beroraganisasi'.
Ya, betul! 
Apabila masa kebanyakkan diluangkan bersendirian, tiada orang yang akan mengingati kita terhadap 'tujuan sebenar' kehidupan. Rasa semakin jauh dari Pencipta. Tiada lagi kerja2 dakwah yang dilakukan di sini, tetapi itulah yang aku pilih. tidak pasti mengapa, fikiran bercelaru.
...
Sekarang sudah memasuki semester 2 masih tahun 1 di sini...
aku mendapat motivasi, motivati untuk bekerja, motivasi untuk membangun.
Aku perlu pastikan hidup aku penuh dengan kesedaran, penuh dengan humbleness and humility.
Aku rasakan ini seolah-oleh satu mentari yang baru terbit dalam diri, satu mentari yang terbit setelah sekian lama terbenam, terbenam dan tersembunyi di belakang jiwa yang 'kelabu'.
Sebelum ini, Aku terlalu takut, takut untuk mencuba... sebab aku tak hebat seperti pelajar2 lain kt UIA ni.
Tetapi aku tahu... wujudnya quote ini,
"You don't have to be great to start, But you have to start to be great"

dan sekarang,
"Aku perlu bangkit, ya, aku perlu!"


IT's TIME TO SHINE!

No comments:

Post a Comment