Saturday 14 March 2015
Saturday 12 April 2014
Soul and Body
Salamullahialaikum and Peace Be Upon You.
Many people nowadays spend a lot of money in order to beautify themselves. Buying this and that… cosmetics, bags, clothes, shoes, skincare etc. But have we ever pondered how much money we spend to beautify our soul? “Soul beautification also needs money?” Yes, by donating to those in needs, buying useful books and so on. But I bet the money spent for these things are not as much as spending for physical beautification.

I remember in Critical & Creative Thinking Class, we were
shot by many questions. It’s so philosophical. How was that? The answers are
not in the article, but the answers are in our qalb.
“Are the soul and the body same?”
“Who am I?”
First question, are they same??? The body can die and dysfunction,
but the soul will never die. Death? It is a separation between soul and body.
The body will be destroyed, but not the soul. They are separate entities. The
body is just a vehicle in this world. They will meet again on the Day of Judgment.
For the pious men, the death is like a Wedding Day for them. Why? Because the
souls are excited to meet the Creator. Subhanallah… Hope that we are among them, amin..
In paradise, we are all young and beautiful… So, to have a
beautiful and pretty soul there, we ought to prepare ourselves, having makeover
or something to beautify ourselves. Purify our soul.. Here in Dunya, we always
wanted a bright face, white skin and so on? “We need the same thing for our
soul. Don’t you?” Pure and bright soul… That would be lasting.
So, who am I??? I am a soul…
Thus, if we are the souls… Do we feed them (the soul)?
If we are given RM500/month, how much do we spend for the body and soul? 50-50? 80% for the body and 20% for the soul? Or vice versa?. Hence, we should always and always think twice where the money goes and how the soul has been. Is it okay, healthy, beautiful and bright? Never forget to mull over ourselves, have a deep thinking and reflection. J

"Be thou in the world like a stranger (the traveler)
or the pedestrian." [HR Bukhari]
Friday 8 November 2013
Mentari Baharu
Teringat... saat melayani perasaan...
menatap rangkap-rangkap lagu...
dinyanyikan oleh Celine Dion.
"Let the rain come down
And wash away my tears
Let it fill my soul
And drown my fears
Let it shatter the walls
For a new sun
A new day has come
A new day has come"
And wash away my tears
Let it fill my soul
And drown my fears
Let it shatter the walls
For a new sun
A new day has come
A new day has come"
Aku sangat suka akan rangkap ini, "Let it shatter the walls for a new sun..."
menunjukkan peluang itu selalu ada,
Kebelakangan ini, berbagai-bagai input memasuki minda, dari perbagai medium termasuk lecturers, buku-buku, talk, social network dan sebagainya...
Baru beberapa hari lepas, sempat meluangkan masa mencurah isi hati yang sudah lama terbuku dek masa dan kerja yang membatasi kami untuk bersama. dengan seorang sahabat akrab, ukhti Amnah.
dia membangkitkan suasana, "Raa... am teringat kt sep2 BADAR, kita buat kerja dakwah sama2...Tapi sekarang masing2 buat hal sendiri, kalau am join program dakwah kt sini, am mesti teringat kt korang... am sedih., sbb kita xberpeluang bekerja sama2 lg. Am teringat kt certain2 kawan kita yg dh tinggalkn kerja dakwah ni"
ada di antara kita memilih untuk tinggalkan dakwah kerana sebab2 tertentu yg pernah dihantui. Termasuklah aku sendiri. Aku? tinggalkan kerja dakwah? Alhamdulillah... dakwah terhadap diri sendiri satu kewajipan tetapi terhadap orang lain bagaimana?
Pada tahun 2011, baru memasuki 'centre foundation studies of IIUM kt Nilai, waktu itu jiwa masih berkobar2 kerana baru sahaja meninggalkan sekolah, aktiviti dakwah masih segar dalam diri...
Pada satu hari, terlihat banyak Ads untuk menyertai mana2 persatuan atau kelab. Tidak tahu mengapa hati tergerak untuk menyertai PERKIM dan tanpa ragu2 mengisi untuk bertanding untuk jawatan S/U. Selang beberapa hari selepas itu, terima mesej dr President PERKIM Nilai, dan meminta aku untuk bersedia memberi manifesto pada malam itu. "Wah... kena cakap depan orang ramai..." Jadi aku bersiap sedia dengan sedikit bantuan daripada sahabat aku Amnah bagaimana untuk membentangkan manifesto dengan baik. Alhamdulillah, aku menang majoriti lebih kurang 90% ahli dewan.
Ini kali pertama aku harus bekerja dengan namanya 'lelaki', memandangkan aku datang dari sekolah yang pelajarnya semua perempuan. Jadi, sedikit 'awkward'.
tetapi dengan jawatan ini, aku tidak melakukan apa2 tugas mungkin kerana persatuan ini tidak berapa aktif.
...
1 semester di Nilai, kemudian kami dipindahkan ke PJ. Di sana, aku meneruskan sedikit aktiviti PERKIM, tetapi kebanyakkannya tidak disertai mungkin kerana terlalu fokus pada pelajaran. Suatu hari, aku 'dirisik' oleh senior PERKIM untuk memegang amanah sebagai Assistant Head untuk satu biro. Setelah 1 hari bertafakkur aku memilih untuk menolak pelawaan itu mungkin kerana aku perlu membiasakan diri memahami sistem berorganisasi di UIA, aku perlukan masa.
Masa di UIA dihabiskan begitu sahaja, tanpa sebarang persatuan untuk diikuti...
...
Tahun pertama di Main Campus, UIA Gombak.
kadang-kadang, timbul suara dari dalam... "Aku xtahu, tapi aku rasa kekurangan.... tp aku tak tahu apa yang kurang itu...."
Terasa lack of confidence.
Melihat kawan2 yang semakin membangun, semakin luas pandangan mereka, mereka meninggi"
Tetapi aku?
Sekarang aku tahu apa yang kurang itu.... kurang 'hidup beroraganisasi'.
Ya, betul!
Apabila masa kebanyakkan diluangkan bersendirian, tiada orang yang akan mengingati kita terhadap 'tujuan sebenar' kehidupan. Rasa semakin jauh dari Pencipta. Tiada lagi kerja2 dakwah yang dilakukan di sini, tetapi itulah yang aku pilih. tidak pasti mengapa, fikiran bercelaru.
...
Sekarang sudah memasuki semester 2 masih tahun 1 di sini...
aku mendapat motivasi, motivati untuk bekerja, motivasi untuk membangun.
Aku perlu pastikan hidup aku penuh dengan kesedaran, penuh dengan humbleness and humility.
Aku rasakan ini seolah-oleh satu mentari yang baru terbit dalam diri, satu mentari yang terbit setelah sekian lama terbenam, terbenam dan tersembunyi di belakang jiwa yang 'kelabu'.
Sebelum ini, Aku terlalu takut, takut untuk mencuba... sebab aku tak hebat seperti pelajar2 lain kt UIA ni.
Tetapi aku tahu... wujudnya quote ini,
"You don't have to be great to start, But you have to start to be great"
"You don't have to be great to start, But you have to start to be great"
dan sekarang,
"Aku perlu bangkit, ya, aku perlu!"
IT's TIME TO SHINE!
Saturday 5 October 2013
Allah bukan yang kedua
Bismillahirrahmanirrahim...
Salamullahialaikum,
Be peace upon you.
Allah. Ya, Allah bukan yang kedua. Siapa Allah untuk kamu letakkah pada tempat kedua dan ke bawah? Allah, kalau kita hidup dalam penuh kesedaran, kita tidak akan menjadikan Allah itu yang kedua. Biasanya kalau kita sedih... kita bercerita dengan kawan, dengan ibu bapa. Apabila kita gembira, kawanlah juga yang dicari. Eh, tidak salah! Sudah semestinya tiada salahnya. Tapi bukankah kita meletakkan Allah itu bukan pada tempat yang pertama.? Seharusnya, mendengar sahaja khabar baik, "Ya Allah...MaashaAllah, Alhamdulillah", zahirkan kesyukuran kita dengan sujud syukur. Mendengar sahaja khabar kurang baik, "Ya Allah...Astaghfirullah, Na'uzubillah..., minta dikuatkan iman.". Bukahkah itu menunjukkah kita meletakkah Allah pada tempat pertama?
Kalau kita sedih, cakap lah kat Allah... menangislah depan Allah... Kita mungkin terfikir, Allah tak jawab. Salah, Allah jawab persoalan kita... Allah jawab melalui intuition, instinct, iaitu gerak hati. Kalau kita tidak merasakan gerak hati itu, kita masih tidak dekat dengan Allah. Samalah juga seperti seorang ibu mempunyai gerak hati tentang apa yang anaknya hadapi, sebab seorang ibu sangat dekat dengan anaknya, kalau kita rindu akan kekasih kita, akan suami, kita juga mempunyai gerak hati yang sangat kuat terhadapnya. Kita merasakan adanya tali yang mengikat kita dengan mereka kerana kita dekat dan rapat dengan mereka. Begitu juga perasaannya bila kita rasa dekat dengan Allah. Bukankah konsepnya sama?
Kadang-kadang... ibu bapa atau kawan tidak dapat memenuhi apa yang kita mahukan. Ya, sebab mereka juga manusia seperti kita dan persamaan yang paling besar adalah kita, ibu bapa dan kawan adalah hamba dan makhluk Allah, di bawah naungan Allah. Perhaps, He is superior.
Kalau kita dinaikkan pangkat, ucaplah Alhamdulillah dan buatlah sujud syukur, selepas itu baru kita boleh untuk meraikan dengan keluar, buat jamuan makan2. Kalau kita sedih, berdoalah dan merintih pada Allah, kerana disebalik ujian yang Allah berikan, terkandung nikmat yang besar. Selepas itu, barulah jumpa keluarga dan kawan2 untuk berkongsi cerita. Sudah semestinya mereka membantu untuk menenangkan kita.
Ujian, yang tersuratnya kita nampak ujian itu adalah negatif, tetapi kita lupa yang tersiratnya adalah positif. Apa yang positifnya? Hikmah disebalik semua ujian itu. Sesungguhnya, Allah itu melakukan sesuatu dengan kebijaksaan-Nya, with His Wisdom. Kenapa ragu-ragu dengan perancangan-Nya yang sudah semestinya sempurna? Yakin lah dengan Allah, bacalah buku-Nya, fahami makna ayat-ayatNya. Indeed, Quran is His Words and His promises doubtless.
This is the meeting of Minds blog, Two-way of communication. any critics and opinions, please comments.

Positifkan minda kita. What you think, you become.
Jangan lupa, kita ada Allah.
This is the meeting of Minds blog, Two-way of communication. any critics and opinions, please comments.
Saturday 28 September 2013
.biar bersungguh.
Salamullahialaikum...
Buat sesuatu biar bersungguh. Tak kira apapun yang kita buat, biar bersungguh.
Sedang menunggu kawan nak pergi ke kelas. Ternampak makcik cleaner sedang mengikis-ngikis kotoran pada lantai. Hati ini... "Ya Allah, begitu betul2 menunaikan amanah sebagai 'environmental engineer'". Saya tak nampak pun lantai tu kotor. Tapi mereka nampak! Ya, sebab itu bidang kerja mereka. Jangan meremehkan mereka. Kalau kita? "Eleh... kikis2 pun nanti kotor juga". Itu lah kita... melihat terlalu ke hadapan, tetapi salah pemikirannya.
Satu lagi, selepas habis berdiskusi singgah di tandas Library. Tetiba nampak dua orang makcik cleaner bertinggung mencuci lubang tandas.
Tahu tak? Mereka tak pakai ni...
malah pakai tangan dan berus kecil sahaja tanpa memakai SARUNG TANGAN!
Mereka tak jijik sebab itu kerja mereka. Salute lah Makcik!
Paling penting mereka bersungguh.
Kita pun sama, buat kerja, biar bersungguh. Kalau bermain, biar bersungguh, insyaAllah menang. Kalau bersukan, biar bersungguh insyaAllah sihat. Kalau melukis, biar bersungguh, biar cantik. Pokoknya apabila buat sesuatu, bersungguhlah! dan... Kalau belajar biar bersungguh, belajar dengan hati. Apabila hati dah suka mesti selalu nak belajar, rajin pun rajin. Kalau buat assessment biar bersungguh juga. Jangan bersikap acuh tak acuh. Ini lepas tangan kat groupmate, dia dapat markah sama, kita pun dapat markah sama. Cuma yang lainnya contribution kita.
Amanah dengan Allah dan amanah dengan orang, biarlah dijaga.
Apabila kita bersungguh, Allah pun mesti tak teragak-agak nak bagi kan?
Tidak ada yang susah atau sulit jika kita berusaha dengan keras dan ikhlas, yang penting ada kesungguhan serta gunakan logik akal yang telah Allah kurniakan kepada kita manusia yang lebih baik dari makhluk-makhluk lain di bumi ini.
It's about mind, what you think, you become.
Wassalam...

Man Jadda Wajada-Barangsiapa bersungguh-sungguh pasti mendapat hasil
Where there is a will, there is a way
Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan
Tidak ada yang susah atau sulit jika kita berusaha dengan keras dan ikhlas, yang penting ada kesungguhan serta gunakan logik akal yang telah Allah kurniakan kepada kita manusia yang lebih baik dari makhluk-makhluk lain di bumi ini.
It's about mind, what you think, you become.
Wassalam...
Saturday 21 September 2013
Apabila Pemimpin Mementingkan Kebendaan
Assalamualaikum...
Entry ini 100% dipetik daripada buku berjudul "121 Sebab Kemurkaan Allah" oleh Ustaz Safwan Fathy. Saya tidak berniat untuk menciplak tetapi sebagai satu perkongsian. Hal ini tiada kena-mengena dan tidak sesekali bertujuan untuk menghina sesiapa. Sekadar membuka minda kepada realiti yang berlaku di pelusuk dunia.
Bismillahirrahmanirrahim...
"Apabila ummah khususnya para pemimpin mereka hanya mementingkan duniawi dan mengabaikan urusan akhirat, maka akan berlakulah kemurkaan Allah kepada ummah tersebut. Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya:
Reference:
Fathy, S. (2006). 121 Sebab Kemurkaan Allah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam SDN. BHD.

"Apabila umatku membesarkan dunia, nescaya dicabutlah daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar, nescaya diharamkan atas mereka keberkatan wahyu." (Riwayat al-Tarmidzi)"Harta benda hanya sebagai satu daripada faktor untuk membina kehidupan duniawi, tetapi jika ia telah dijadikan matlamat hidup bagi sesuatu ummah lebih-lebih lagi berlaku di kalangan pemimpin, maka yang demikian itu adalah tanda keagungan Islam yang hilang. Sebab apabila kebendaan yang menjadi kecintaan ummah, maka tanggungjawab untuk agama dan ummah akan diabaikan. Seiring dengan itu maka dikhuatiri akan berlakulah kemurkaan Allah, ummah akan ditimpa bala dan mala petaka, seperti krisis akhlak, perpecahan dan persengketaan sesama sendiri dan lain-lain lagi."
Reference:
Fathy, S. (2006). 121 Sebab Kemurkaan Allah. Kuala Lumpur: Pustaka Salam SDN. BHD.
Friday 26 July 2013
You CHOOSE
Apakah peluang yang sama yang ada pada semua orang (bercakap dalam context negara Malaysia) tetapi hasil yang didapati daripada peluang yang sama itu berlainan?
Peluang itu adalah SEKOLAH. Tidak kira sama ada individu itu dari keluarga yang susah mahupun berada. Semua rakyat Malaysia dari umur 7-17 tahun berpeluang untuk ke sekolah.
Tetapi berapa ramai yang dapat menghasilkan keputusan yang baik hasil daripada peluang itu?
Bayangkan...
Semua orang ke sekolah. Semua orang mendapat peluang yang sama. Tetapi mengapa hasil itu berlainan setiap individu?
Ada yang 'make it'. Ada yang kecundang.
Pernah saya berkata kepada ibu saya, "Umi, buat apa pergi sekolah tapi tak lulus2, habis sekolah pun bukannya buat apa2 pun. membazir duit mak ayah je."
Ibu saya terus menjawab, "kena pergi sekolah... supaya celik huruf. cemerlang atau tidak lain kira."
Saya terdiam, hati berbisik ada betulnya juga.
...
Peluang sudah ada. Berjaya atau tidak? Bergantung pada bagaimana kita menghadapi cabaran-cabaran yang datang.
Peluang yang ada diselitkan dengan challenges (cabaran) yang berbeza setiap individu.
Opportunity + Challenges = ? ( positive atau negative )
Apabila saya melalui sesebuah sekolah. Bermacam-macam ragam manusia dapat saya lihat. Ada yang dihantar dengan kereta mewah, ada yang menaiki van sekolah, ada yang dihantar dengan motosikal buruk, ada yang berbasikal, ada yang berjalan kaki.
Saat tangan ibu bapa dicium, terdapat HARAPAN dan senyuman di wajah mereka. Senyuman itu bukan sekadar senyuman kerana kita hari ini ke sekolah tetapi senyuman mereka untuk masa hadapan (Senyuman deposit). Senyuman saat mereka melihat kita berjalan dengan bangganya ke atas 'stage' menerima segulung ijazah. Senyum kepada masa depan kita yang belum pasti. Itu lah HARAPAN. Mereka senyum kerana HARAPAN.
PERNAHKAH KITA SEBAGAI ANAK TERFIKIR AKAN HAL INI???
Tetapi apakah tindakan kita terhadap mereka? Apakah yang kita jadikan sebagai bayaran balik terhadap mereka? Pernahkah kita terfikir untuk membalas jasa mereka?
Untuk berjaya tidak semestinya pergi ke universiti mendapat ijazah. Makna KEJAYAAN itu sendiri adalah subjektif. Mungkin anda tidak mahir dalam ilmu matematik dan sains tetapi anda mahir dalam teknik. Jangan kita sempitkan context kejayaan itu dengan mempercayai seseorang itu sudah berjaya apabila sudah bergelar seorang doktor. Jangan kita melihat hebatnya seseorang itu pada pekerjaannya tetapi lihatlah kehebatan seseorang itu dalam bidangnya tersendiri. Mungkin anda melihat pekerjaan sebagai seorang petani adalah kolot, tetapi bidang pertanian itu sendiri ada hebatnya. Menjadi seorang petani yang bukan sahaja berjaya tetapi hebat dengan menghasilkan beras-beras yang berkualiti, organik dan mungkin juga dapat menghasilkan tagline, "Makan sedikit, tetapi kenyang". Kehebatan seperti ini yang kita inginkan. Hebat dalam bidang sendiri. Berbakti kepada orang ramai.
...
Peluang itu Allah dah bagi. Tinggal pilihan kita sahaja samada 'make it' atau kecundang. Cabaran dan ujian yang mendatang hanyalah sekadar selingan supaya hari-hari kita lebih unik dan menarik. Tanamkan keazaman yang tinggi untuk berjaya bukan sekadar di dunia tetapi juga di akhirat.
Bermula hari ini, positifkan minda KITA!
Subscribe to:
Posts (Atom)